Monday, December 7, 2009

Strategi Diversified yang lebih berkesan untuk mengaut keuntungan sambil mengecilkan risiko!


Strategi "Diversified" Yang Berkesan!!!

"Diversify" atau diterjemahkan kedalam bahasa bermaksud "melakukan pecahan" merupakan salah satu strategi pelaburan yang paling penting dalam pelaburan unit amanah. Strategi "diversify" digunakan untuk meminimumkan risiko pelaburan pelabur dan pada masa yang sama memberikan pelabur mendapat pulangan yang lebih stabil.

Jika anda melabur di Amanah Saham Berhad (ASB) anda tidak berpeluang untuk melakukan strategi ini kerana anda tidak boleh memilih pelaburan dalam bentuk mana yang sesuai untuk anda, cuma apa yang anda perlu tahu, setiap akhir tahun anda akan mendapat dividen dari pelaburan anda. (jangan lupa anda akan dikenakan charge 5% selepas anda mendapat keuntungan dalam pelaburan anda, rujuk jadual Saham Amanah di mana-mana akhbar tempatan).

Jika anda sudah melabur didalam ASB lebih dari sepuluh tahun, anda mungkin berpeluang mendapat bonus jika tidak anda cuma menikmati dividen sahaja yang jumlahnya mungkin 7% dan mungkin juga 8% jika pasaran adalah bagus.

Di unit amanah CIMB, anda ditawarkan 52 dana (akan bertambah lagi) yang mempunyai pelbagai jenis dan bentuk pelaburan antaranya dana yang aggresif yang stabil, dana aggresif yang lebih terbuka atau juga dana sederhana yang fokus kepada pembahagian dividen.

Anda sendiri boleh bayangkan bagaimana kepelbagaian dana di dalam CIMB yang memberikan anda pulangan 10-20% setiap tahun. Kepelbagaian ini membolehkan anda memilih pelaburan didalam negara, Eropah, Jepun ataupun Amerika yang diuruskan oleh CIMB dan juga kumpulan-kumpulan kewangan antarabangsa terbaik yang dilantik oleh CIMB didalam strategi pelaburan anda.

Saya akan terangkan strategy "diversify" secara mudah difahami oleh pelabur yang mungkin tidak mahu penerangan yang lebih taktikal tetapi lebih suka kepada penerangan yang lebih friendly.

Berikut beberapa langkah untuk mendapatkan kepelbagaian yang sesuai untuk anda :
1. Memilih portfolio yang sesuai
  • Pertamanya sebelum pelabur memulakan pelaburan, pelabur perlulah mengetahui apakah tujuan mereka melabur dan dari situ mereka boleh mengetahu portfolio manakah yang yang sesuai untuk mereka, samada yang berbentuk sangat agresif, agresif, sederhana, pasif (ASB) ataupun sangat pasif. jika anda sukar untuk menentukan dan menyelidiknya sendiri, jalan yang paling mudah ialah menghubungi saya. Saya mungkin boleh membantu anda. Beberapa portfolio atau pecahan dana yang telah dikaji keberkesananya telah disediakan oleh pengurus dana untuk pelabur baru yang ingin memulakan pelaburan bersama kami.
2. Memilih dana yang sesuai
  • Setelah anda mengetahui apakah portfolio yang sesuai untuk anda mencapai tujuan anda, langkah seterusnya adalah memilih pecahan dana yang terbaik samada anda inginkan "islamic asset" or "conventional asset" ataupun mungkin "mix asset" yang sesuai. Secara umumnya tiada kaedah yang tertentu untuk anda memilih dana bagi portfolio anda, apa yang penting anda perlu mengetahui perkembangan semasa dana tersebut sebelum melabur didalamnya (past performance doesnt effect current performance). Bagi anda yang mungkin tiada masa dan tidak mahu penyelesaian yang memeningkan, paling senang anda boleh berhubung terus dengan konsultan anda atau mungkin juga saya (easily YM me lochoemail for instant online chat). dana-dana yang anda pilih seharusnya mematuhi portfolio yang telah dipilih.
Bagaimana diversify mempengaruhi pelaburan di unit amanah?

Gambarajah 1 :


Gambarajah 1 menunjukkan satu pasukan bola, lets say this is your team, pasukan anda mempunyai semua pemain pertahanan, tiada pemain penyerang mahupun pemain pemain tengah, bagaimanakah anda boleh memenangi suatu perlawanan dengan hanya pemain pertahanan? mungkin pertahanan adalah amat hebat sehinggakan Cristiano Ronaldo tidak mungkin melepasinya. Tetapi jika terus diasak , peluang untuk pasukan lawan menjaringkan gol tentunya wujud. Susunan ini lansung tidak membantu untuk pasukan anda menjaringkan gol, begitulah juga didalam pelaburan, jika anda hanya memilih dana-dana yang pasif mungkin pelaburan anda amat secure, tetapi jika ia roboh anda juga melepaskan beberapa peluang keeemasan didalam pelaburan.

Gambarajah 2 :


Gambarajah 2 diatas menunjukkan pasukan bola yang mempunyai semua pemain penyerang (saya selitkan sedikit pemain tengah), adakah susunan ini boleh memenangi perlawanan? pasukan anda mungkin cukup menggerunkan "Paolo Maldini", tetapi pastinya mengembirakan Kaka yang sudi merobekkan berbelas-belas gol didalam percaturan anda. Di dalam konteks pelaburan pula, jika anda hanya melabur didalam dana aggresif tanpa memikirkan dana-dana pasif semata-mata untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi, ia tidak akan mengukuhkan pelaburan anda, malah pelaburan anda adalah lebih berisiko.

Gambarajah 3 :

Maka dari dua contoh diatas, pelaburan yang di"diversify" adalah paling kukuh dan kuat untuk untuk anda didalam pelaburan. saya bagi satu contoh pasukan yang mempunyai pemain pertahanan, pemain tengah dan juga penyerang, dan pemain-pemain yang dipilih adalah yang terbaik di posisi mereka, pasukan inilah yang akan mengentarkan Sir Alex Ferguson ataupun Arsene Wenger. Pelaburan anda sukar untuk goyah malah ia lebih stabil dalam memberikan pulangan dan juga pada waktu yang sama yang meminimumkan risiko anda.Kesimpulannya, anda perlulah mengetahui bentuk apakah portfolio anda dan dana apa yang sesuai dengannya. Dapatkan bantuan konsultan dalam merangkanya.
Contoh Dana Terkini Yang Berpotensi Memberi Pulangan Tinggi:
Dana Al-Ihsan 2 : ( CIMB Wealth Advisors Berhad )

Price per Unit (piece): RM1 000.00
Apakah Dana Al-Ihsan 2 ?
  • Dana Al-Ihsan 2 (DALI 2) adalah dana pertumbuhan ekuiti yang mematuhi ketetapn syariah. Ia bermatlamat untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangka sederhana hingga panjang dengan melabur dalam pelaburan yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Dana ini amat sesuai untuk pelabur yang peka kepada ketetapan Syariah.

Dana Al-Ihsan 2 Menawarkan Manfaat-manfaat:

  • Satu cara untuk mencapai pertumbuhan modal yang konsisten dalam jangka sederhana hingga panjang.
  • Amaun pelaburan yang berkemampuan
  • Pengurusanportfolio dana secara aktif dengan akses kepada kajian pasaran yang mendalam,maklumat pasaran serta broker sekuriti yang mahir
  • Mematuhi prinsip-prinsip Syariah
  • Khidmat perundingan peribadi
  • Boleh menebus semula pelaburan pada mana-mana hari perniagaan

Bagaimana Boleh Saya Membuat Pelaburan?

Pilihan 1 - Pelaburan Tunai
Pilihan 2 - Pelaburan Tetap (regular savings)
Pilihan 3 - Skim pelaburan ahli KWSP

Strategi Pelaburan:
  • Strateginya ialah melabur dalam pelaburan dibenarkan yang selaras dengan prinsip Syariah dan dasar-dasar kawal selia yang berkaitan.

Jadilah pelabur yang bijak! Melaburlah sekarang!!!

Contact me;

Anis Adilla Normuhayat
CIMB Wealth Advisor
Lo : 00024933

0177266672 / 0136285253
anisadilla@gmail.com
www.cimb-wealthadvisors.com

0 comments:

Post a Comment

Coperate Official Video

Unit Trust Pricing